Top Body Auto Garage Sdn Bhd merupakan syarikat milik bumiputera. Ia ditubuhkan pada 26 Mei 1995 dan Mr. Saiful Topbody adalah pengurus besar syarikat. Beliau berpengalaman 30 tahun dalam bidang automotif ini. Penubuhan Top Body Auto Garage Sdn Bhd adalah sejajar dengan seruan kerajaan dalam usaha membentuk usahawan kelas pertengahan dan menambah bilangan bumiputera yang bergiat dalam bidang perniagaan.
Berikutan bertambahnya bilangan kenderaan di negara ini, keperluan untuk membaik pulih kenderaan semakin bertambah. Dengan adanya teknologi terkini di dalam bidang membaik pulih kenderaan, ianya dapat meningkatkan taraf keupayaan supaya lebih berdaya maju, kreatif, berkualiti dan mampu untuk bersaing. Secara tidak langsung, ianya dapat menjadi perangsang kepada pengusaha bumiputera yang lain untuk menceburi bidang ini secara komersial.