Artikel

Moonroof vs Sunroof: Perbezaan Yang Anda Mungkin Tak Tahu

By August 8, 2022 No Comments
moonroof vs sunroof

Satu topik yang sering dibincangkan di kalangan mereka yang suka aksesori kereta adalah tentang pemasangan moonroof vs sunroof.

Ini kerana kedua-dua produk ini mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. 

Jika anda baru “mengenali” tentang kedua-dua aksesori ini, kami akan berkongsi maklumat mengenai moonroof vs sunroof di dalam artikel ini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Apa Itu Moonroof vs Sunroof?

Buat anda yang baru memiliki kereta, aksesori ini mungkin kedengaran baru di telinga anda. 

Ataupun, anda berminat untuk memasangnya, cuma anda tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenainya. 

Jangan risau! Jom kita telitikan perbezaan antara kedua-duanya pada info ringkas di bawah ini: 

Moonroof

Pemasangan moonroof pada kereta sudah menjadi suatu “sambutan” yang hangat dalam kalangan pemilik kereta. 

Mana tidaknya, ia seakan memberi efek panoramic yang menyebabkan kereta anda kelihatan lebih bergaya. 

Antara features menarik mengenai moonroof ialah: 

  • Ia bersifat lutsinar (membolehkan nampak cahaya)
  • Mempunyai panel tinted glass yang tidak boleh dibuka 

Buat mereka yang photogenic dan suka mengambil gambar pemandangan, moonroof semestinya yang terbaik untuk kereta anda. 

Sunroof

Manakala, sunroof pula merujuk kepada sebuah panel yang diperbuat daripada logam. 

Ini bermaksud panel sunroof ini bersifat opaque dan boleh dibuka luas bagi tujuan pengudaraan dan cahaya yang baik. 

Itulah serba-serbi info ringkas mengenai moonroof dan sunroof. 

Sebelum anda memasang moonroof atau sunroof, pastikan anda tahu kebaikan dan kekurangannya terlebih dahulu. Maklumat ini boleh didapatkan pada ruangan di bawah. 

Teruskan membaca!

Kebaikan Dan Kekurangan Pemasangan Aksesori Kereta Ini

Kebaikan sunroof
  1.  Kebaikan (Pros)

 Salah satu kebaikan memasang kedua-dua aksesori kereta ini adalah cahaya semulajadi dan udara segar boleh memenuhi ruang di dalam kereta. 

Siapa yang tidak sukakan cahaya dan udara segar, kan? Feeling sama seperti bercuti di pantai! 

Dan, kemasukan cahaya matahari ke dalam ruangan kereta adalah kurang menyakitkan. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai sunburn. 

Seperkara lagi, kedua-dua aksesori kereta ini sebenarnya lebih utuh daripada yang dijangka. Hal ini kerana kedua-dua aksesori kereta ini bersifat theft resistant.  

  1.  Kekurangan (Cons)

Pemasangan moonroof dan sunroof sebenarnya membolehkan jisim kenderaan semakin bertambah. 

Ini boleh menyebabkan pengendalian kenderaan sedikit terganggu. 

Selain itu, penambahan jisim pada kenderaan akan menyebabkan prestasi minyak kereta semakin merundum. 

Oleh itu, pastikan anda fikir masak-masak dan tahu tujuan pemasangan aksesori kereta ini sebelum memasangnya.

Ketahui Jenis-jenis Car Roof 

Secara umumnya, moonroof dan sunroof mempunyai beberapa jenis yang perlu anda tahu. 

Ia merupakan perkara yang amat penting sebelum pemasangan aksesori ini agar anda tidak tersalah membuat pilihan. 

  1. Pop-up sunroof 

Pop-up sunroof merujuk kepada aksesori kereta yang dibuka secara mencondong ke-atas (tilting upwards).

Ia boleh beroperasi secara elektronik mahupun manual. Yang penting, sunroof jenis ini tidak boleh ditarik sama sekali! 

  1. Spoiler sunroof 

Salah satu sifat spoiler sunroof ialah tilt-and-slide. Ia merupakan built-in factory yang sering menjadi pilihan orang ramai. 

Spoiler sunroof tidak mempunyai pemandangan yang luas seperti panoramic roof. 

Tetapi, apabila ia dibuka, ia tidak mengganggu pandangan penumpang di passenger seat.

  1. Panoramic roof
panoramic roof

Siapa suka menikmati pemandangan ketika drive, panoramic roof pilihan terbaik untuk anda! 

Cuba bayangkan, hanya dengan panoramic roof, anda boleh menikmati pemandangan yang luas, cahaya matahari semulajadi, dan udara segar. 

Boleh hilang rasa stres! 

Kebiasaannya, panoramic roof diperbuat daripada kaca yang membolehkan pemandangan yang lebih jelas. 

  1. Top-mount sliding sunroof 

Aksesori roof jenis ini pula lebih kurang sama seperti spoiler sunroof. Cuma, bezanya ia boleh dibuka (secara sliding) sepenuhnya. 

  1. Folding/Ragtops

Aksesori kereta jenis folding atau ragtops ini kebiasaannya diperbuat daripada fabrik (canvas). Apabila ia dibuka, folding/ragtops ini akan terlipat ke belakang. 

Kesimpulannya, topik pemasangan aksesori kereta; moonroof vs sunroof boleh menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pemilik kereta. 

Oleh itu, anda perlu mengambil tahu tentang jenis-jenis roof car supaya anda dapat memanfaatkan penggunaannya.

Jadi, jika anda sedang mencari kedai yang menawarkan servis pemasangan sunroof, anda boleh merujuk kepada kami di TopBody Auto Garage

kedai sunroof

Servis kami antara yang terbaik dan hanya boleh didapatkan di Klang. Orang-orang Klang, jangan cari servis di tempat lain, datang saja ke kami. 

Bukan itu sahaja, bengkel kami juga menawarkan servis lain seperti: 

  • Baik pulih dan servis kereta. 
  • Cat kereta
  • Membaiki enjin 
  • Kimpalan/ ketuk 
  • Make-over seperti polish, wax, coating kereta 
  • Kerja-kerja interior pada kenderaan 

Tunggu apa lagi? 

Datang ke bengkel kami di Jalan Selamat, Klang dan experience sendiri kualiti kerja kami.