“Perlukah Sunroof untuk kereta? Kalau pasang Moonroof pun sama je ke? Berapa harga pemasangan sunroof? Berbaloi ke?”
Untuk menjawab persoalan ini, anda hanya perlu tepuk dada tanya selera. Tapi kalau nak tambah pengetahuan tentang pelindung cahaya matahari bumbung kereka, anda boleh baca di sini.
Mungkin anda inginkan pelindung pada bumbung kereta anda, jadi boleh baca sehingga habis untuk mengetahui bagaimana pakar boleh membantu anda.
Apa itu Sunroof?
Ia adalah sebahagian daripada bumbung kereta yang boleh dibuka dan membolehkan cahaya dan udara untuk masuk ke dalam kereta dan dinikmati oleh penumpang.
Sunroof boleh dikendalikan secara manual atau dengan menekan butang yang tersedia.
Ianya adalah diinspirasikan dari teknologi ventilasi bas yang digunakan pada zaman dahulu.
Jenis-jenis Sunroof
Terdapat pelbagai jenis pelindung matahari yang ditawarkan pada masa kini dan antaranya ialah:
1. Tilt and slide sunroof
Seperti namanya, jenis sunroof ini boleh dibuka dengan diangkat sedikit dan ditolak, atau boleh dilongsorkan.
Kebanyakan sunroof jenis ini beroperasi secara automatik.
2. Top mount slider
Jenis sunroof ini mempunyai panel kaca besar dan diletakkan dalam trek di atas bumbung.
Ia berfungsi dengan dilongsorkan di atas bumbung jadi tidak mengacau ruang dalam kereta.
3. Pop-out
Jenis ini beroperasi secara manual dengan panel yang boleh ditolak keluar yang akan berdiri di atas kereta.
Panel yang biasanya dari kaca ini juga boleh ditanggalkan sepenuhnya.
4. Rag-top
Sunroof jenis ini pula kebiasaannya dibuat dari fabrik dan dibuka dengan dilipat ke belakang yang boleh berikan pengalaman seakan memandu kereta konvertibel.
Beza Sunroof, Moonroof dan Panaromic Roof
Ketiga tiga jenis bumbung ini unik dengan caranya yang tersendiri dan mempunyai para peminatnya yang tersendiri.
Sunroof dan moonroof kedua duanya boleh dibuka dan membolehkan angin untuk masuk ke dalam kereta. Namun apa yang membezakannya ialah posisi panel bumbung ini.
Untuk membuka sunroof, panel bumbung ini akan terangkat keluar dan ditolak ke atas bahagian kereta menjadikan ia berada di atas bumbung kereta.
Ini boleh mengubah arah angin untuk masuk ke dalam kereta. Manakala moonroof tidak akan berada diluar bahagian bumbung kerana ianya akan ditolak untuk masuk ke dalam bumbung.
Bagi panorama roof pula, ianya tidak boleh dibuka tutup, tetapi beberapa jenis kenderaan juga didatangkan dengan tirai untuk menutup bahagian kaca di bumbung kereta.
Jenis ini juga mempunya saiz kaca yang paling luas antara ketiga tiga jenis membolehkan para penumpang dapat melihat dengan lebih luas.
Fungsi Sunroof
Sunroof yang pada asalnya dicipta untuk negara 4 musim kini telah memasuki pasaran di Malaysia. Siapa yang tidak mahu menikmati angin angin sepoi yang segar?
Selain itu, sunroof juga mempunyai pelbagai fungsi fungsi lain seperti:
1. Mengurangkan bau di dalam kereta
Jika kenderaan anda mempunyai masalah berbau kurang enak atau hapak, dengan memasang sunroof, udara di dalam kereta anda tidak lagi akan terperap dan menimbulkan bau.
Dengan memasangnya boleh mengeluarkan bau- bauan dari dalam kereta dan seterusnya mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.
2. Menurunkan suhu kenderaan
Apabila kereta anda dibiarkan pada masa yang agak lama dibawah cahaya matahari, ia boleh meningkatkan suhu dan mengakibatkan ketidakselesaan.
Ini boleh dicegah dengan memasang sunroof pada kenderaan anda kerana dengan membuka atap kereta, angin haba dari dalam kenderaan akan dikeluarkan dan kereta menjadi lebih sejuk.
3. Boleh melihat pemandangan indah
Bagi anda yang suka melihat pemandangan alam semulajadi yang indah dengan sunroof, anda dapat melihat pemandangan di sekeliling dan di atas kereta di mana sahaja anda berada.
Kelebihan Pemasangan Sunroof pada Kereta
Anda masih tertanya tanya apa kelebihan jika anda mempunyai sunroof? Antara ialah:
Meningkatkan penampilan kereta anda
Selalunya hanya kenderaan kenderaan eksklusif sahaja yang mempunyai sunroof jadi dengan memasangnya ke kenderaan anda akan juga meningkatkan taraf dan personaliti kereta anda.
Boleh menikmati udara luar
Betul, anda juga boleh nikmati udara luar melalui tingkap tetapi selalunya, bunyi bunyi bingit juga akan kedengaran.
Menikmati pemandangan indah
Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai pemandangan indah di Malaysia yang anda boleh nikmati dengan lebih dekat dan jelas.
Dengan sunroof, anda juga boleh mengeluarkan sebahagian badan anda dari kereta dan menikmati angin dan pemandangan dengan lebih bebas.
Seperti yang telah disenaraikan, terdapat pelbagai jenis sun roof dan kelebihan-kelebihan dalam memasang pelindung matahari di kereta. Mungkin sudah tiba masanya anda juga berbuat yang sama!
Jika anda berminat, atau sedang mencari kedai repair sunroof, Top Body Auto Garage ialah sebuah bengkel automotif yang telah beroperasi selama lebih 25 tahun.
Antara servis yang ditawarkan termasuklah cat 2K, cat 2K touch up, membaiki kenderaan akibat kemalangan, dan yang paling penting, memasang dan membaiki sunroof.
Mereka juga menawarkan pelbagai servis ini dengan harga yang berpatutan di bengkel.
Sunroof kancil atau sunroof wira?
Jangan risau, mereka menawarkan servis ini untuk pelbagai jenis kereta.
Mereka juga sentiasa memastikan kerja kemasan di bengkel adalah kemas, bersih dan berbaloi dengan bayaran, selaras dengan misi untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Top Body Auto Garage juga menyediakan jaminan sehingga 10 tahun bagi kereta yang terpilih.
Bagi pelanggan muslim, mereka juga menggunakan hukum akad untuk servis servis mereka.
Berminat? Hubungi mereka hari ini untuk sebut harga dan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang pemasangan sunroof untuk kereta anda.