“Harus ke polish kereta sepanjang masa? Lecehnya!”
Sebenarnya, penjagaan kereta ini memang penting. Kalau dalamnya bersih, luarnya mesti lagi tiptop. Tapi masalahnya, kereta memang senang calar. Takkan perlu nak polish setiap masa pula?
Buat anda yang masih tidak belum menemui sebab untuk menggilap kereta anda, artikel ini memberikan pencerahan yang dapat menyakinkan anda untuk polish kereta.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Polish Kereta?
Jangan terkeliru dengan waxing kereta. Polish ini sebenarnya dilakukan sebelum wax kereta.
Fungsi polish adalah untuk:
- menghilangkan kesan minyak, gris, lecah tanah, lumpur, calar.
- Analagi mudah; polish kereta adalah seperti facial muka.
Ada beberapa jenis bentuk polish.
Ada yang jenis krim, cecair dan semburan yang ada sebatian bahan pelarut untuk menghilangkan kotoran menjadikan cat bersinar.
Polish akan mengeluarkan kotoran tetapi tidak dapat memberikan sebarang perlindungan pada permukaan kereta.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wax Kereta?
Wax digunakan selepas kereta dibasuh dan kereta yang dah dipolish. Fungsinya adalah untuk menambahkan lapisan berkilat pada kereta dan sebagai lapisan perlindungan.
Kebaikan waxing kereta:
- Kereta anda akan dilindungi dari sinaran UV.
- Mencegah kereta anda daripada pencemaran dan habuk lain.
- Lapisan wax akan mengurangkan lembapan daripada terkena cat. Lembapan inilah yang akan menyebabkan air terkena cat dan cat akan terhakis.
Oleh sebab itu ramai yang padankan polish kereta dengan wax terus.
Polish untuk cuci manakala wax untuk perlindungan dan mengilatkan kereta.
Jadi bila perlu polish kereta? Ini jawapannya. Teruskan membaca.
#1 Kereta Anda Baru Lepas Kemalangan? Polish Kereta Cepat
Jangan silap sangka. Kalau kereta anda kemik teruk, anda perlu cari bengkel ketuk kereta dan tukar bahagian kereta anda. Tapi kalau ‘luka’ calar-calar sikit, boleh dibiarkan.
Bila selepas berlaku kemalangan, kesan calar balar pada kereta amat jelas dan menjengkelkan.
Jadi bolehlah anda menuju ke bengkel nak polish kereta tu. Kalau buat wax sekali, akan berkilatlah kembali kereta anda.
#2 Selalu Bergesel Dengan Kenderaan Lain?
Kadangkala berlaku kereta anda bergesal dengan kereta orang lain. Ada kala juga kenderaan lain pula bergesel dengan kereta anda.
Ini selalu berlaku apabila kereta menyelit dan motor mencelah dalam kesesakan lalu lintas.
Gilapkan kereta anda dengan segera untuk menghilangkan kesan geseran itu. Ia lebih berbaloi daripada dibiarkan sebegitu sehingga mendatangkan masalah lain pula.
#3 Bawa Kereta Dekat Kawasan Bertanah
Anda ada kereta berwarna putih? Mesti kurang gemar kalau terpaksa memandu di kawasan tanah berlumpur.
Tambahan pula, campuran tanah itu bukan sahaja ada batu kecil, malah mungkin ada batu yang besar serta ranting kayu.
Jadi kebarangkalian kereta anda calar amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memiliki kereta berwarna putih.
Tapi jangan ingat kereta warna lain juga selamat. Walaupun kesan calar agak kurang jelas pada kereta berwarna, ini tidak bermakna anda tak perlu polish kereta.
Jadi kalau anda rasa kesan calar kereta dah terlalu banyak terutama sekali pada bahagian berhampiran dengan tayar, bolehlah anda tanya kami di Facebook, “Hello ada buat polish kereta ke?” (Mestilah ada).
#4 Untuk Menjaga Kereta
Di antara fungsi polish adalah untuk mengekalkan keadaan cat kereta supaya tak kering, merekah atau terkopak.
Kalau anda rasa cat kereta anda dah mula merekah atau terkopak sedikit, jangan kupas dengan jari anda. Nanti makin ‘tona tak sekata’ kereta anda. Kena cat lagi.
Kalau anda rajin polish kereta anda, senanglah nak maintain warna cat itu.
Nak tukar yang baru mungkin agak mahal. Tapi kalau nak maintain kereta, gilap kereta adalah lebih baik.
#5 Kereta Selalu Masuk Hutan
Bila anda memandu kereta di dalam hutan, ada beberapa kebarangkalian yang akan terjadi kepada kereta anda.
Antaranya:
- Bawa kereta atas jalan tanah merah
- Jalan di kampung yang tidak diturap tar dengan sekata
- Jalan tar banyak yang berlopak
- Kereta yang dipandu jarang masuk bengkel
- Kereta anda jenis heavy duty
Selalu pemilik kereta jenis heavy duty tidak kisah tentang kesan calar dan tahap kekotoran luar kereta. Lagi-lagi yang selalu buat trip ke dalam hutan, jadi renjer hutan dan sebagainya.
Tetapi kalau anda nak kembalikan ‘kegarangan’ kereta anda, bolehlah anda mula menuju ke bengkel polish kereta.
Gabungkan sekali dengan wax untuk kesan yang terbaik.
Kesimpulan
Sebenarnya terdapat banyak kebaikan daripada menggilap kereta. Tidak kira apa jenis kereta yang anda pakai, penjagaan kereta amat penting dari sudut kebersihan, keselamatan dan juga ketrampilan.
Sekarang ini cara paling mudah nak jaga kereta adalah dengan menjaga service dan luarannya. Sayang kereta tu, janganlah sebab calar sedikit, sudah mula nak cari yang baru.
Jika anda berminat, atau sedang mencari bengkel polish dan wax terbaik, Top Body Auto Garage ialah pilihan untuk anda.
Top Body Auto Garage ialah sebuah bengkel automotif yang telah beroperasi lebih daripada 30 tahun.
Selain polish kereta dan wax, di antara servis yang ditawarkan termasuklah:
- cat 2K, cat 2K touch up,
- membaiki kenderaan akibat kemalangan,
- memasang dan membaiki sunroof,
- membaiki cermin kereta,
- membuat tuntuan insurans,
- servis membaiki air cond kereta
Mereka juga menawarkan pelbagai servis dengan harga yang berpatutan.
Mereka juga sentiasa memastikan kerja kemasan di bengkel adalah kemas, bersih dan berbaloi dengan bayaran, selaras dengan misi untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Top Body Auto Garage juga menyediakan jaminan sehingga 10 tahun bagi kereta yang terpilih.
Bagi pelanggan Muslim, mereka juga menggunakan hukum akad untuk servis servis mereka.
Berminat? Hubungi mereka hari ini untuk mendapatkan sebut harga polish kereta terbaik untuk kereta anda.