Artikel

Cara-Cara Membaiki Bumbung Kereta Atau Sunroof (Jangan Sampai Bumbung Berkarat)

By September 30, 2020 No Comments
sunroof

Adakah kereta anda mempunyai sedikit kecacatan yang harus dibaiki seperti di bumbung kereta atau sunroof? Kerosakan pada bumbung kereta perlu dibaiki segera untuk menjamin keselamatan anda semasa memandu di jalanraya.

Sekiranya anda memerlukan panduan untuk membaiki sunroof kereta, kami akan terangkan cara nak baiki bumbung kereta serta tips penjagaan bumbung kereta.

Kenalpasti Masalah Bumbung Kereta Bocor atau Karat

Salah satu kecacatan yang sering berlaku pada kereta adalah bumbung yang bocor atau berkarat. Kadangkala ia berlaku tanpa pengetahuan kita dan ini membahayakan keselamatan.

Sekiranya masalah ini telah berlaku, terdapat penyelesaian yang boleh anda lakukan. 

Berikut adalah cara untuk membaiki bumbung kereta anda. 

Cara-Cara Membaiki Bumbung Kereta Yang Bocor

Simen Tempat Lubang Jika Bumbung Bocor

A picture containing table, food, sitting, plate

Description automatically generated

Ini adalah cara untuk baiki bumbung kereta jika lubang tidak terlalu besar. Jika terlalu besar, bumbung perlu diganti dengan segera.

Anda disarankan menggunakan simen poly putty kerana ia biasanya digunakan oleh bengkel kereta. Poly putty mempunyai dua jenis iaitu yang berwarna merah dan kelabu.

Anda juga perlu tahu bahawa ia tidak boleh digunakan tanpa bercampur dengan hardener atau catalyst

Mula-mula, anda campurkan poly putty bersama hardener dan gaulkannya sehingga ia bertukar warna menjadi krim kuning.

Selepas campuran itu sudah keras, gunakan scrapper plastic atau besi dan sapukannya pada lubang bumbung. Selepas ia rata, pastikan ia di bawah pancaran matahari selama 2 jam.

Selepas anda pasti ia sudah kering, gunakan kertas pasir gred 600 untuk melicinkan permukaan bumbung kereta anda.

Seterusnya, ambil kertas pasir gred 1000 untuk meratakan bumbung dan akhir sekali gunakan kertas pasir 1200 bagi memastikan permukaan bumbung anda licin dan cantik.

Tampalan Fiberglass

A picture containing pair, table, piece, holding

Description automatically generated

Ini juga merupakan cara untuk membaiki lubang pada bumbung. Anda perlu menggunakan fiberglass kit dan fiberglass yang boleh dibeli di kedai perkakasan.

Selain itu, bahan lain yang diperlukan adalah Katalis (MEKP Liquid Catalyst), wax (mold release) dan remin atau damar.

Mula-mula, letakkan fiber glass  pada lubang. Selepas itu, sapukan resin atas fiber glass tersebut. 

Kemudian, ulang balik langkah di atas dan hasilkan lapisan yang banyak untuk membalut bumbung kereta anda.

Selepas ia sudah kering, gunakan kertas pasir seperti cara di awal artikel ini untuk meratakan permukaan dan menghasilkan permukaan yang cantik.

Ini sangat sesuai bagi mereka yang membaiki bumbung kereta Proton Waja sebagai contoh. Ini kerana kereta tersebut tidak besar sangat maka senang mudah untuk dibaiki.

Baiki Bumbung Kereta Berkarat

Tampalan Fiberglass

Anda juga boleh menggunakan cara fiberglass seperti yang telah diterangkan sebelum ini.

Tetapi yang berbeza adalah anda perlu melakukan proses kimpalan atau welding untuk membuang karat yang menghasilkan lubang. 

Lakukan cara membaikinya seperti yang telah diterangkan di atas.

Tukar Kulit Bumbung

Anda perlulah memastikan karat itu tidak merebak sehingga menyebabkan kerosakan lain.

Ini kerana jika ia sudah pada tahap kritikal, ia boleh menyebabkan bumbung tidak kuat dan boleh menghasilkan lubang yang besar.

Oleh itu, jika anda menemui kecacatan pada bumbung kereta, jangan tunggu sehingga teruk. Anda perlu mengambil langkah pantas dengan pergi ke bengkel untuk menukar kulit bumbung.

penjagaan sunroof kereta

Tips Penjagaan Bumbung Kereta

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menjaga sunroof kereta.

  • Pastikan cat bumbung tidak pudar atau mempunyai kerosakan clear coat atau “lacquer”. Ini sangat penting untuk melindungi cat kereta anda daripada karat.
  • Buka sunroof dan bersihkan ruang dalam kereta dengan penyedup hampagas.
  • Untuk gelas sunroof, gunakan pembersih yang tidak mengandungi ammonia atau cuka.
A picture containing person, indoor, window, holding

Description automatically generated

Kedai Repair Bumbung Kereta

Walaupun anda boleh mengikuti cara-cara membaiki bumbung kereta seperti di atas, anda disyorkan untuk terus datang ke workshop kereta Top Body Auto Garage yang terletak di Klang, Selangor untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Top Body Auto Garage mempunyai track record yang sangat bagus dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang kompetitif kepada pelanggan.

Tahukah anda menukar bumbung kereta akibat karat dan kesan kemek tidak perlu kelulusan JPJ? Untuk mencantikkan seperti memasang sunroof juga tidak memerlukan kelulusan JPJ.

Oleh itu, ambil peluang ini untuk mencantikkan kereta anda.

Kami juga akan memberikan cadangan-cadangan supaya anda mendapat hasil yang bagus.

Kesimpulannya, terdapat banyak langkah dan cara untuk anda baiki bumbung pada kereta anda. Setiap cara mempunyai kelebihan masing-masing mengikut keperluan anda.

Jika anda sedang mencari kedai yang baiki kereta atau menawarkan perkhidmatan mencantikkan kereta, anda perlu memilih Top Body Auto Garage.

A picture containing table, person, indoor, sitting

Description automatically generated

Berikut adalah servis-servis di Top Body Auto Garage :

Accident Repair

  • Membaiki kenderaan yang telah lekuk atau remuk akibat kemalangan.

Mengecat Kereta (2k Oven Painting)

  • Kenderaan yang telah lanjut usia, catnya mati atau pudar.
  • Kenderaan yang telah dikimpal atau ketuk (kemalangan/berkarat).
  • Penambahan warna cat dan pertukaran warna cat.

Sunroof Kereta

  • Memasang sunroof (cermin suria).

Kimpalan Dan Ketuk

  • Kenderaan lama yang bocor atau berlubang, lekuk cat terkopek akibat dari berkarat.
  • Kenderaan yang telah lekuk atau remuk akibat kemalangan.

Membaiki Enjin / Servis / Pertukaran Parts

  • Kereta baru atau lama untuk servis.
  • Kereta yang telah mengalami kerosakan samada enjin atau parts.
  • Kereta yang perlu pemulihan enjin (Overhaul).

Leave a Reply