Artikel

Sebab Utama Sunroof Bocor

By December 2, 2022 No Comments
sunroof bocor

Sunroof bocor adalah perkara yang mengerikan bagi pemilik kereta. Pemasangan sunroof memberikan imej kereta anda lebih cool dan awesome, tapi bila dah bocor rasa menyesal pun ada!

Bagi kereta yang mempunyai sunroof atau anda yang berura-ura untuk memasang sunroof harus diambil kira tentang penjagaan serta punca yang boleh mengakibatkan kebocoran. 

Nampak smart pun sudah tapi kalau dah bocor, tak best lah!

Jom baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab sunroof bocor dan tip-tip penjagaan sunroof.

Sebab Apa Sunroof Bocor?

sunroof bocor

Punca kebocoran terjadi akibat daripada hos air pada takungan tersumbat. Setiap sunroof mempunyai lubang air keluar iaitu dua bahagian hadapan dan dua di belakang. 

Macam mana hos boleh tersumbat? 

Hos yang lama atau sudah mengecut boleh mengakibatkan lubang air tersepit lalu membuatkan takungan air melimpah.

Selain itu, sebelum anda menghantar kereta untuk dicat, anda harus memaklumkan kepada kedai untuk menembak angin pada empat lubang air bagi mengelakkan habuk simen yang digosok terkumpul. 

Antara punca kebocoran berlaku pada sunroof juga boleh terjadi apabila hos tercabut kerana hos mengecut.

Kebocoran juga boleh terjadi apabila kereta sering diletakkan di bawah pancaran matahari. 

Ini akan menyebabkan getah menjadi keras sehingga mengganggu proses membuka dan menutup sunroof. 

Getah yang keras akan mengakibatkan sunroof tersangkut atau kurang ketat apabila bumbung ditutup semula.

Apabila getah kurang ketat, air hujan mudah masuk yang menyebabkan kebocoran berlaku.

Tips Penjagaan Sunroof Bocor 

sunroof bocor

Kebanyakan orang terutamanya yang mempunyai hobi mengubah suai kereta sanggup berbelanja besar demi minat mereka. 

Bagi yang merancang untuk meletak sunroof, anda harus mengetahui cara penjagaan supaya boleh mengelakkan sunroof bocor. 

Jika anda tidak menyelenggara sunroof dengan betul, ini boleh membawa risiko dari segi keselamatan.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, ikuti tip-tip ini untuk memastikan sunroof kereta anda dalam keadaan yang baik.

  1. Vakum dan Basuh

Mulakan dengan menyedut kotoran seperti habuk kecil untuk mengelakkan lubang air tersumbat.

Gunakan pembersih automotif untuk mencuci semua bahagian sunroof. Ketika proses pembersihan, elak merosakkan penutup getah kerana ia boleh membahayakan keselamatan untuk penumpang.

Untuk tempat yang sukar dicapai seperti dicelahan yang sempit boleh gunakan berus gigi.

  1. Lubricate Semua Bahagian Bergerak

Pelincir semua bahagian yang bergerak dalam sunroof menggunakan gris tahan haba, seperti litium putih. Beberapa titisan sudah mencukupi untuk memastikan trek dan gear digris dengan sebaiknya.

  1. Jadualkan Butiran Tahunan

Untuk mencegah sunroof daripada bocor, sediakan  jadual butiran tahunan untuk memastikan semua bahagian sunroof berfungsi dengan baik. 

Jika anda tinggal di kawasan berdebu atau sering menggunakan kereta anda, harus pertimbangkan untuk melakukan maintenance service dengan lebih kerap. 

Debu atau asap juga punca kepada terjadinya masalah ini.

Selepas membersihkan sunroof seperti yang dijelaskan di atas, anda perlu membersihkan palung sunroof dengan menyembur udara pada tiub longkang. 

Kemudian, masukkan wayar yang panjang ke dalam tiub dan putar secara berterusan untuk mengeluarkan sebarang kotoran daripada tiub. Setelah selesai, tutup bumbung dan bersihkan dengan air.

  1. Jangan Dibiarkan Terlalu Lama di Bawah Matahari
sunroof bocor

Pendedahan cahaya matahari secara terus tidak digalakkan untuk kereta yang mempunyai sunroof.

Seperti yang sedia maklum, sunroof mempunyai hos yang mencegah air masuk ke dalam kereta lagi-lagi sewaktu hujan.

Hos ini diperbuat dari getah yang mudah kering dan pecah jika dibiarkan lama di bawah cahaya matahari. Hos yang pecah lebih senang untuk air masuk melalui sunroof.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyembur silicone spray untuk menjaga kekenyalan hos sunroof secara berkala. Jimat dan memudahkan kerja.

  1. Dapatkan Pembaikan yang Perlu

Jika anda mendapati sunroof anda bocor atau mengeluarkan bunyi yang pelik, sebaiknya bergegas memeriksa sunroof pada pakar kaca kereta. 

Elakkan dari melengahkan hal ini, kerana ia boleh menjurus kepada kos pembaikan yang lebih mahal. 

Kebocoran boleh mengancam keselamatan dan malapetaka seperti interior kereta basah serta lembap.

Apabila interior kereta basah, ia menyebabkan pereputan atau kerosakan dalaman. Sebelum apa-apa berlaku, sebaiknya dibaiki segera!

Sekiranya anda dapati sunroof kereta anda bocor, Top Body Auto Garage adalah tempat terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

logo top body garage

“Eh, takkan service sunroof je? Service lain ada tak?”

Mestilah ada!

Di sini, kami juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti: 

  • memasang sunroof 
  • accident repair
  • welding
  • makeover 
  • wide body
  • coating
  • pembersihan kusyen
  • polish & wax, windscreen (cermin)
  • tuntutan insurans, cermin serta 
  • membaiki atau servis kereta dan air cond

Top Body Auto Garage telah berpengalaman selama 30 tahun dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta dijamin kepuasan pelanggan.