Artikel

Perkhidmatan Memasang Sunroof Murah

By October 28, 2022 No Comments
sunroof murah

Sunroof merupakan salah satu aksesori kereta yang popular di kalangan pemandu kerana ia kelihatan chic dan mewah. 

Semestinya ramai yang berminat mencari perkhidmatan memasang sunroof di Malaysia.

Tetapi, ia adalah satu servis yang susah dicari kerana tidak dapat banyak bengkel yang melakukan servis ini dengan baik. 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang jenis-jenis sunroof dan perkhidmatan sunroof yang murah yang anda boleh dapatkan di Klang.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Jenis-jenis Sunroof Kereta

sunroof murah

Terdapat pelbagai jenis sunroof yang anda boleh pasang pada kereta anda. Berikut adalah beberapa jenis yang anda perlu tahu.

  • Pop-up

Sunroof pop-up ini merupakan panel senget yang dikendalikan secara manual. Panel ini biasanya boleh ditanggalkan, dan seperti bumbung berbentuk T, mesti disimpan apabila dialih keluar. 

Sifat condong sunroof ini menyediakan pembukaan di bumbung apabila panel dikeluarkan. Ia adalah jenis yang boleh dipasang di kebanyakan kenderaan kerana merupakan pilihan sunroof yang murah.

  • Spoiler

Sunroof spoiler (tilt-&-slides) menggabungkan ciri sunroof pop-up dengan sistem bumbung gelongsor. 

Sunroof spoiler biasanya tidak menyediakan bukaan sebesar sistem bumbung lain, tetapi menawarkan kemudahan panel penyimpanan sendiri. 

Kebanyakan sunroof spoiler dikendalikan secara automatik dan ia sesuai untuk kenderaan bumbung pendek di mana sunroof jenis gelongsor lain tidak boleh dipasang.

  • Folding

Sunroof folding (sering dipanggil rag-tops atau cabrio coach) berasal dari Eropah dan menawarkan bukaan yang lebih besar seperti kereta konvertibel. 

Panel ini biasanya diperbuat daripada fabrik vinyl yang boleh dilipat ke belakang apabila ia terbuka. 

Selepas lama tidak dijual di pasaran Eropah dan Amerika Utara, sunroof folding ini telah mengalami kebangkitan semula dengan beberapa pembaharuan.

Pembaharuan yang paling ketara adalah kini sunroof tersebut mempunyai versi yang automatik.

  • Inbuilt

Sistem sunroof inbuilt ini mempunyai panel yang menggelongsor di antara bumbung logam dan pelapik bahagian dalam.

Walaupun ia mengambil sedikit ruang di bahagian ruang kepala, tetapi ia dapat memberikan bukaan penuh pada bumbung kereta. 

Kebiasaannya, sunroof inbuilt ini akan masuk terus ke dalam bumbung apabila dibuka. 

Namun begitu, terdapat juga sesetengah yang mempunyai ciri pop-up atau fungsi buka/tutup ekspres.

Sunroof inbuilt ini tidak sesuai untuk semua kenderaan kerana panelnya mesti meluncur dan disimpan sepenuhnya di dalam bumbung kenderaan.

Pemasangan Aksesori Pada Kereta

Pasti anda tertanya-tanya, siapa yang akan memasang sunroof pada keretanya? 

Buat pengetahuan anda, terdapat golongan yang meminati penambahan aksesori pada kenderaan mereka. Ini boleh disebabkan oleh minat tersendiri atau hobi. 

Jom ketahui aksesori yang anda boleh pasang pada kereta: 

  1. Pemasangan sunroof atau moonroof

Buat mereka yang photogenic atau suka menangkap gambar sunkissed di dalam kereta, pemasangan aksesori ini adalah yang terbaik untuk anda. 

Dengan memasang aksesori ini, hasil gambar sunkissed anda akan kelihatan sangat cantik dan jelas. Anda juga boleh upload gambar ini di akaun media sosial sebagai feed atau story

Selain itu, anda juga boleh menikmati ruang pengudaraan yang amat baik. 

Sebagai contoh, apabila anda bercuti di kawasan pantai, anda pasti akan suka dengan udara segar di situ apabila sunroof dibuka. 

  1. Pemasangan Roof-rack/ Bike Carrier
sunroof murah

Pernahkah anda ternampak kenderaan yang “menjunjung” basikal diatasnya? 

Buat mereka yang ingin menjaga permukaan “atap” kereta dan meminati sukan berbasikal, anda amat digalakkan untuk memasang bike carrier ini. 

Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan ketinggian bike carrier itu tidak melebihi 230mm. 

Dan, muatan di atas aksesori itu perlulah tidak melebihi ruang bumbung dan diikat dengan kemas supaya tidak membahayakan penumpang lain dan rosak. 

  1. Pemasangan door visor 

Door visor adalah aksesori yang dipasang pada tingkap kereta. Fungsi utama aksesori ini bertujuan untuk memastikan ruang dalam kenderaan anda tidak basah. 

Selain itu, ia juga dapat memastikan agar komponen-komponen penting di ruangan dalam tidak rosak akibat terkena tempias hujan. 

Tahukah anda, apabila ruang dalaman anda lembap disebabkan hujan, ia boleh menghasilkan bau yang kurang senang. 

Lebih-lebih lagi, apabila tempat duduk kereta anda yang basah terkena air hujan. 

Perkhidmatan Sunroof Murah Bersama Kami! 

Buat anda yang meminati aksesori sunroof pada kereta, anda boleh hubungi kami, Top Auto Garage! 

sunroof murah

“Tapi, kenapa saya perlu pasang sunroof dengan Top Auto Garage?” 

Buat anda yang masih tak kenal Top Auto Garage, bisnes kami mula ditubuhkan pada tahun 1995 dan sememangnya sudah mahir dalam selok-belok membaiki dan memasang aksesori pada kereta. 

Bisnes automotif kami sejajar dengan keinginan dan kehendak pelanggan yang mencari perkhidmatan seperti ini. 

Dengan penambahan jumlah kereta di Malaysia, ini menunjukkan ramai pelanggan yang memerlukan servis pembaikian, penambah baik dan aksesori. 

Selain dari memasang dan membaiki aksesori sunroof kereta ini, kami juga menawarkan perkhidmatan yang lain. 

Contohnya: 

  • Membaiki kenderaan yang rosak atau remuk disebabkan kemalangan.
  • Mengecat kenderaan (2K Oven Painting). Perkhidmatan ini bersesuaian untuk mereka yang “menaikkan seri” cat kereta yang sudah pudar. 
  • Kimpalan atau ketuk pada bahagian-bahagian tertentu pada kenderaan yang tua atau yang terlibat dalam kemalangan. 
  • Membaiki enjin dan bahagian-bahagian tertentu pada kenderaan. 

Jika anda berdepan dengan masalah-masalah yang dinyatakan di atas, jangan teragak-agak untuk hubungi kami segera! Maklumat contact kami boleh didapati di sini.